Skip to main content

Iklan

Iklan

Sydney bakal 'bebas' sekatan selepas 106 hari

Bandar terbesar Australia bakal 'bebas' daripada perintah sekatan yang panjang selama 106 hari akibat penularan COVID-19 pada Isnin.

Anggaran Waktu Membaca:
Sydney bakal 'bebas' sekatan selepas 106 hari

Jalan raya senyap di Sydney susuli perintah berkurung. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 07 Oct 2021 05:17PM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 05:19PM

SYDNEY: Bandar terbesar Australia bakal 'bebas' daripada perintah sekatan yang panjang selama 106 hari akibat penularan COVID-19 pada Isnin.

Ini setelah pihak berkuasa mengesahkan kadar vaksinasi bagi penduduk Sydney sudah mencapai sasarannya.

Perintah berkurung di rumah akan ditarik balik di Sydney, yang mempunyai lebih lima juta penduduk, memandangkan kini 70 peratus penduduknya berusia yang berusia lebih 16 tahun sudahpun lengkap divaksin.

Mulai Isnin (11 Okt), pub, restoran dan kedai boleh dibuka semula kepada pelanggan yang sudah divaksin sepenuhnya.

Sekatan perjalanan lima kilometer juga akan ditarik balik walaupun sempadan wilayah dan antarabangsa kekal ditutup buat masa sekarang.

Australia terselamat daripada mengalami pandemik terburuk dengan mencatatkan 1,379 kematian dalam penduduk sekitar 26 juta orang.

Namun, sepanjang 18 bulan lalu, bandar-bandar dengan kadar vaksinasi yang rendah terpaksa menjalani beberapa perintah berkurung yang ketat bagi menyekat penularan lanjut virus itu.

Akibatnya, ramai penduduk hilang pekerjaan, kanak-kanak tidak masuk sekolah buat tempoh yang lama sepanjang tahun akademik dan langkah sekatan juga mencetuskan bantahan serta salah maklumat online.

Beberapa pakar perubatan turut prihatin wilayah New South Wales, dengan ibu kota Sydney, mungkin dibuka semula tidak lama lagi.

Nasihat kesihatan pemerintah sendiri dari Institut Doherty mengesyorkan pembukaan semula secara meluas apabila kadar vaksinasi mencapai 80 peratus berbanding 70 peratus sekarang.

Persatuan Perubatan Australia memberi amaran pada Khamis (7 Okt) bahawa kes jangkitan akan meningkat apabila bandar dibuka semula dan hospital yang kurang dibiayai pula berisiko dibebani dengan kes COVID-19.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan