Skip to main content

Iklan

Iklan

Skim VTL S'pura-Korea Selatan bermula hari ini

Para penduduk Singapura dan Korea Selatan sudah boleh mengunjungi negara satu sama lain mulai hari ini (15 Nov) di bawah skim Laluan Perjalanan Penumpang Divaksin (VTL).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Nov 2021 04:38PM Dikemas Kini : 15 Nov 2021 10:42PM

SINGAPURA: Para penduduk Singapura dan Korea Selatan sudah boleh mengunjungi negara satu sama lain mulai hari ini (15 Nov) di bawah skim Laluan Perjalanan Penumpang Divaksin (VTL).

Di bawah skim itu, penumpang tidak akan dikenakan kuarantin COVID-19.

Penerbangan pertama VTL dari Singapura, iaitu pesawat SCOOT mendarat di Seoul pagi tadi.

Setibanya di sana, para penumpang perlu menjalani ujian PCR dan dibawa ke ruang khas untuk menunggu keputusan ujian itu.

Jika disahkan negatif COVID-19,
mereka bebas ke mana-mana sahaja di Korea Selatan.

Para pelawat dari Singapura boleh menjangkakan menjalani ujian swab sekurang-kurangnya empat kali termasuk sebelum berlepas ke Korea Selatan, ketika berada di negara itu dan sebelum pulang ke Singapura. 

Sumber : CNA/RB/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan