Skip to main content

Iklan

Iklan

Skim pulih di rumah untuk pesakit COVID-19 diperluas; ibu bapa boleh bawa pulang anak bagi sesetengah kes

Singapura akan meluaskan skim pemulihan di rumah bagi individu yang lengkap divaksinasi mulai Rabu depan (15 Sep), umum Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (10 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Skim pulih di rumah untuk pesakit COVID-19 diperluas; ibu bapa boleh bawa pulang anak bagi sesetengah kes

Gambar fail: Calvin Oh

Diterbitkan : 10 Sep 2021 05:42PM Dikemas Kini : 10 Sep 2021 05:45PM

SINGAPURA: Singapura akan meluaskan skim pemulihan di rumah bagi individu yang lengkap divaksinasi mulai Rabu depan (15 Sep), umum Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (10 Sep).

Skim itu akan dilanjutkan secara bertahap-tahap kepada individu sehingga 50 tahun yang tidak mempunyai keadaan perubatan yang teruk atau menghidap penyakit lain.

"Ini kerana individu-individu seperti ini rata-ratanya sihat tanpa gejala atau menunjukkan gejala ringan dan mampu menjaga diri sendiri di rumah. Sebaik sahaja dimaklumkan tentang keputusan positif COVID-19 mereka, individu-individu ini seharusnya serta-merta mengasingkan diri di rumah," menurut kementerian itu.

Singapura sejauh ini bersikap "waspada" dan memasukkan kanak-kanak ke hospital untuk memberi mereka jagaan perubatan khusus, tambah MOH.

Kini, ia membenarkan bahkan menggalakkan ibu bapa untuk membawa pulang anak mereka yang dijangkiti jika mereka berusia sekurang-kurangnya lima tahun dan tidak mempunyai keadaan perubatan sedaia ada atau menghidap penyakit lain.

Kementerian itu mendedahkan bahawa terdapat permintaan daripada ibu bapa untuk membawa pulang anak mereka yang dijangkiti kerana mereka biasanya sihat dan tidak menunjukkan gejala. Ibu bapa juga lebih suka menjaga mereka di rumah.

"Bagi kanak-kanak seperti ini, mereka akan dinilai dahulu oleh hospital sama ada sihat secara klinikal untuk menjalani pemulihan di rumah sebelum mereka dihantar pulang," menurut kementerian itu.

HASIL MEMBERANGSANG DARIPADA PROGRAM RINTIS

Peluasan skim pemulihan di rumah itu menyusuli hasil "memberangsangkan" daripada sebuah program rintis yang bermula pada 30 Ogos, disertai 21 individu.

"Sembilan individu sudahpun sembuh setakat 9 September dan bakinya masih sihat secara klinikal," menurut MOH.

Individu yang menjalani pemulihan di rumah perlu sekitaran rumah yang sesuai di mana mereka boleh diasingkan daripada anggota keluarga yang lain. Anggota keluarga mereka juga mesti sudah divaksinasi sepenuhnya dan tidak terdiri daripada golongan yang mudah dijangkiti seperti warga emas dan mereka dengan sistem imun yang lemah.

Mereka akan diberi kit jagaan untuk memantau gejala-gejala mereka dan mempunyai akses kepada bantuan teleperubatan 24/7 jika mereka memerlukan sebarang bantuan perubatan.

MOH juga mengumumkan bahawa tempoh pengasingan bagi kes COVID-19 yang sudah lengkap divaksinasi sudahpun dipendekkan.

"Terdapat juga bukti bahawa kes COVID-19 yang sudah divaksinasi beransur pulih lebih cepat berbanding kes yang belum divaksinasi," tambah MOH.

Kes COVID-19 yang sudah divaksinasi sepenuhnya mungkin boleh dibenarkan keluar hospital seawal tujuh hari selepas dijangkiti jika kandungan vrius dalam tubuh mereka tidak dapat dikesan atau amat rendah, lantas menunjukkan mereka tidak boleh menjangkiti orang lain.

Individu yang belum divaksinasi pula akan terus hanya dibenarkan keluar hospital 14 hari selepas dijangkiti.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan