Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura lapor 44 kes baru COVID-19, semuanya diimport

Antara kes import itu, empat adalah rakyat Singapura dan dua penduduk tetap, yang pulang dari Indonesia, Malaysia, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura lapor 44 kes baru COVID-19, semuanya diimport

Kawasan persinggahan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi semasa pandemik COVID-19 melanda Singapura.

Diterbitkan : 25 Jan 2021 11:53PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 11:59PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 44 kes baru COVID-19 hari ini (25 Jan) dan semuanya kes import.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

40 daripadanya kes tidak bergejala termasuk seorang rakyat Singapura yang diuji negatif semasa menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) tetapi diuji positif COVID-19 dalam ujian sebelum berlepas ke negara lain.

Semua kes sudahpun dikenakan SHN sebaik tiba di sini, menurut MOH.

Tiada kes jangkitan dalam kalangan masyarakat dilaporkan mahupun di dormitori pekerja asing.

KES IMPORT

Antara kes import itu, empat adalah rakyat Singapura dan dua penduduk tetap, yang pulang dari Indonesia, Malaysia, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat.

Tujuh adalah pemegang pas tanggungan yang tiba dari India, Rusia dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Satu kes adalah pemegang pas lawatan jangka panjang yang tiba dari Amerika.

Tiga kes pula pemegang pas pelajar yang tiba dari Perancis, Indonesia dan Kazakhstan.

Terdapat enam pemegang pas kerja dari Bangladesh, India, Jepun, Poland dan Sepanyol.

17 yang lain pula adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India, Indonesia dan Malaysia, tiga daripadanya pembantu rumah asing.

Baki empat kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India untuk melawat saudara mara yang merupakan rakyat Singapura atau penduduk tetap.

KES POSITIF DIKESAN DALAM UJIAN SEBELUM BERLEPAS

Seorang rakyat Singapura yang pulang ke tanah air, iaitu Kes 59629, adalah remaja berusia 19 tahun yang pulang dari Britain pada 6 Disember dan menjalani notis jangan keluar rumah di kemudahan khas sehingga 20 Disember.

Ujian swab yang dijalankan pada 16 Disember menunjukkan remaja itu negatif COVID-19, menurut MOH.

Pada 23 Januari, remaja itu diuji positif COVID-19 apabila dia menjalani ujian swab sebelum berlepas untuk ke Britain.

"Nilai Ct remaja itu sangat tinggi, menunjukkan jangkitan yang rendah dan ujian serologinya pula positif," menurut MOH.

"Memandangkan ini mungkin jangkitan lalu, kami kategorikannya sebagai kes import berdasarkan sejarah perjalannnya."

25 KES DIBENARKAN PULANG

Lagi 25 kes COVID-19 sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Secara keseluruhan, 59,066 kes sudah pulih sepenuhnya, menurut MOH.

Buat masa ini terdapat 59 kes yang masih di hospital. Semuanya dalam keadaan stabil atau semakin pulih. Tiada kes di unit jagaan rapi.

Jumlah kes yang diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat sebanyak 198. Mereka mengalami simptom ringan atau sihat secara klinikal tetapi diuji positif COVID-19.

Langkah keselamatan lebih ketat akan dilaksanakan mulai Selasa (26 Jan) memandangkan jumlah kes dalam kalangan masyarakat meningkat dan kemungkinan berlaku risiko penularan semasa sambutan Tahun Baru Cina.

Mulai Selasa, setiap rumah boleh menerima maksimum lapan pengunjung sehari, menurut pasukan bertindak berbilang kementerian pada minggu lalu.

Setiap orang juga seharusnya mengehadkan diri mereka melawat tidak lebih daripada dua buah rumah dalam sehari.

Buat masa ini sehingga lapan pengunjung dibenarkan di setiap rumah pada satu-satu masa, tanpa had jumlah rumah yang boleh dikunjungi.

Sehingga hari ini, Singapura mencatat 59,352 kes COVID-19 dan 29 kematian. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan