Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura lapor 4 jangkitan baru COVID-19 dalam masyarakat, 2 tidak berkait kes terdahulu

Singapura melaporkan empat kes baru COVID-19 dalam masyarakat setakat tengah hari Khamis (10 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura lapor 4 jangkitan baru COVID-19 dalam masyarakat, 2 tidak berkait kes terdahulu

Orang awam menyeberang jalan. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 10 Jun 2021 04:23PM Dikemas Kini : 10 Jun 2021 04:24PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan empat kes baru COVID-19 dalam masyarakat setakat tengah hari Khamis (10 Jun).

Dua kes berkait jangkitan sebelum ini - satu daripadanya sudah dikuarantin manakala satu lagi dikesan melalui proses pengawasan.

Baki dua kes dalam masyarakat tidak berkait jangkitan terdahulu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laporan awalnya.

Terdapat juga sembilan kes import yang sudah dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di Singapura. Tujuh adalah warga Singapura dan penduduk tetap yang baru pulang.

Tidak ada jangkitan baru dilaporan di dormitori pekerja hijrahan.

Kesemuanya, Singapura melaporkan 13 kes baru COVID-19 pada Khamis.

Butirannya akan diumumkan malam nanti, kata MOH.

Sehingga Khamis, Singapura melaporkan 62,236 kes COVID-19 dengan 34 kematian.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan