Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura, Korea Selatan buka laluan perjalanan orang divaksin mulai 15 Nov

Singapura dan Korea Selatan bersetuju untuk melancarkan Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) bermula 15 Nov.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Oct 2021 04:05PM Dikemas Kini : 08 Oct 2021 09:02PM

SINGAPURA: Singapura dan Korea Selatan bersetuju untuk melancarkan Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) bermula 15 Nov.

Demikian diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Jumaat (8 Okt).

Di bawah VTL, penduduk yang sudah divaksin sepenuhnya boleh melakukan perjalanan antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon tanpa perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

Namun, mereka perlu menjalani beberapa ujian reaksi rantaian polimerase (PCR).

Di samping itu, pergerakan mereka tidak disekat dan mereka tidak perlu menunjukkan tujuan perjalanan atau jadual harian mahupun mempunyai penaja, kata MOT.

Bagi menyokong VTL, Singapura dan Korea Selatan mencapai persetujuan untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 kedua-dua negara, berkuat kuasa 15 Nov.

Ini bermakna sijil vaksinasi yang dikeluarkan sama ada di Singapura atau Korea Selatan boleh digunakan sebagai bukti bagi pelawat yang sudah divaksin sepenuhnya untuka menikmati langkah-langkah pengurusan selamat berbeza di kedua-dua negara.

Di bawah VTL, pelawat harus memenuhi ukur tara kelayakan dan mematuhi langkah kawalan sempadan serta syarat kesihatan sedia ada bagi perjalanan ke kedua-dua negara.

Lebih banyak perincian mengenai VTL itu akan diumumkan kelak.

Perjanjian tersebut diumumkan menerusi satu sidang video maya antara Menteri Pengangkutan S Iswaran dengan Menteri Tanah, Prasarana dan Pengangkutan Korea Selatan, Noh Hyeong Ouk.

"VTL yang dilancarkan bersama ini akan menjadi yang pertama seumpamanya antara dua hab penerbangan utama di Asia dan dibina atas hubungan yang terjalin lama ini untuk menghidupkan semula perjalanan udara dan pergerakan orang yang rentas sempadan,secara selamat," kata MOT.

"Sebelum COVID-19, Singapura dan Republik Korea adalah antara destinasi pelancongan utama kedua-dua negara, dengan 64 perkhidmatan penerbangan penumpang mingguan menghubungkan kedua-dua negara dan membawa 1.6 juta penumpang setiap tahun."

Sekarang ini, Singapura mempunyai perjanjian VTL dengan Jerman dan Brunei yang dilancarkan pada 8 September. Ia membolehkan pelancong yang sudah divaksinasi sepenuhnya dari Jerman atau Brunei memasuki Singapura tanpa perlu menjalani SHN. Sebaliknya, mereka perlu menjalani beberapa ujian PCR COVID-19.

Mereka juga perlu berada di Brunei, Jerman dan/atau Singapura bagi tempoh 21 hari berturut-turut sebelum berangkat ke Singapura.

Pada Khamis, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong mengumumkan bahawa Singapura sedang bekerjasama untuk menubuhkan VTL dengan Amerika Syarikat sebelum akhir tahun ini.

Sumber : CNA/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan