Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sifar kematian akibat COVID-19 di Belgium, kali pertama sejak Mac

Belgium yang berjaya mengawal penularan virus korona setelah menjadi negara saiz sederhana yang paling teruk terjejas di dunia, melaporkan sifar kematian berkaitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam pada Selasa (14 Jul) buat kali pertama sejak 10 Mac.

Anggaran Waktu Membaca:
Sifar kematian akibat COVID-19 di Belgium, kali pertama sejak Mac

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Jul 2020 09:03PM Dikemas Kini : 14 Jul 2020 09:13PM

BRUSSELS: Belgium yang berjaya mengawal penularan virus korona setelah menjadi negara saiz sederhana yang paling teruk terjejas di dunia, melaporkan sifar kematian berkaitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam pada Selasa (14 Jul) buat kali pertama sejak 10 Mac.

Seperti banyak negara Eropah yang terjejas teruk oleh pandemik itu pada Mac dan April lalu, Belgium berjaya mengurangkan jumlah jangkitan dengan banyak menerusi penguat kuasaan sekatan pergerakan yang kini sudah ditarik balik.

Jumlah keseluruhan kematian yang dilaporkan oleh institut kesihatan awam kebangsaan Sciensano kekal sebanyak 9,787.

Lengkungan kes jangkitan di negara itu juga diratakan, dengan keseluruhan 62,781 kes dilaporkan, meskipun purata kes baru dalam sehari sepanjang seminggu lalu adalah sebanyak 95, iaitu naik 11 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Pemerintah Belgium akan bertemu pada Rabu (15 Jul) bagi membincangkan secara lanjut pelonggaran langkah sekatan, setelah mewajibkan penggunaan pelitup di kedai, pawagam dan muzium pada 10 Julai.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan