SIA, Scoot perluas penerbangan VTL ke Melbourne, Sydney & Zurich mulai 8 Nov
Singapore Airlines (SIA) akan mengendalikan penerbangan bagi skim laluan perjalanan penumpang divaksin (VTL) dari Melbourne, Sydney dan Zurich mulai 8 November. Ini berikutan pengumuman oleh pihak berkuasa bahawa aturan perjalanan bebas kuarantin diperluaskan kepada Australia dan Switzerland.
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) akan mengendalikan penerbangan bagi skim laluan perjalanan penumpang divaksin (VTL) dari Melbourne, Sydney dan Zurich mulai 8 November. Ini berikutan pengumuman oleh pihak berkuasa bahawa aturan perjalanan bebas kuarantin diperluaskan kepada Australia dan Switzerland.
Dua penerbangan harian dari Melbourne ke Singapura, SQ218 and SQ228, akan diperuntukkan bagi khidmat VTL, menurut syarikat penerbangan itu pada Selasa (26 Okt).
Ia juga akan mengendalikan penerbangan VTL dari Sydney ke Singapura dua kali sehari - SQ212 dan SQ222.
SIA menambah khidmat hariannya dari Zurich ke Singapura, SQ345, yang akan beroperasi sebagai penerbangan VTL.
Scoot, anak syarikat SIA yang juga pengendali penerbangan tambang rendah, akan mengendalikan khidmat VTL harian dari Melbourne (TR19) serta empat kali seminggu dari Sydney (TR13).
Jadual penerbangan bagi penerbangan VTL yang dikendalikan SIA akan diterbitkan di laman syarikat penerbangan itu.
"Penerbangan ini dibuka bagi tempahan tetapi akan dinyatakan sebagai penerbangan VTL secara bertahap-tahap di laman kami," menurut SIA.
Di bawah skim VTL, pelawat mesti berada di sekurang-kurangnya satu negara VTL sepanjang tempoh 14 hari yang lalu sebelum berlepas ke Singapura.
Mereka mesti mengambil dua ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) - sebelum berangkat dan sejurus tiba di Lapangan Terbang Changi - serta memasuki Singapura melalui penerbangan yang dikhususkan.
Bagi Australia, tiada aturan perjalanan timbal balik. Perjalanan dua hala dibuka hanya bagi bagi rakyat dan penduduk tetap Australia serta anggota keluarga terdekat mereka yang lengkap divaksin disebabkan langkah-langkah sempadan semasanya.
Buat masa ini, VTL tidak dibuka kepada penduduk Singapura yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke Australia bagi tujuan wisata.
Pengumuman VTL ke Australia dan Switzerland dibuat pada waktu yang tepat", membolehkan pelanggan untuk merancang percutian mereka dan perjumpaan semula dengan anggota keluarga serta orang tersayang mereka hujung tahun ini, menurut SIA.
Sejauh ini, SIA Group sudah mengumumkan khidmat VTL dari 20 bandar.
LAPORAN BERKAITAN: S'pura perluas skim VTL kepada Australia & Switzerland
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.