Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIA beku pengambilan pekerja baru bertugas di darat

Syarikat penerbangan Singapore Airlines untuk sementara ini membekukan pengambilan pekerja baru untuk bertugas di darat, menyusuli penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Feb 2020 06:10PM Dikemas Kini : 25 Feb 2020 08:47PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines untuk sementara ini membekukan pengambilan pekerja baru untuk bertugas di darat, menyusuli penularan COVID-19.

Menurut SIA, ia berada dalam "kedudukan yang kukuh" menangani keadaan sekarang.

Syarikat penerbangan Singapura itu menyatakan ia sedang memantau dengan teliti keadaan yang berubah-ubah itu.

Jika perlu ia akan melaksanakan langkah-langkah tambahan.

SIA menambah ia tidak akan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejas daya saingnya dalam jangka panjang.

Seminggu lalu, SIA mengumumkan langkah mengurangkan jumlah penerbangannya kerana permintaan yang lembab.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan