Skip to main content

Iklan

Iklan

SgUnited Buka Puasa agih lebih 1,000 set bento kepada pekerja asing, keluarga memerlukan

Lebih 1,000 set bento diagihkan kepada para pekerja asing dan keluarga kurang mampu bagi juadah berbuka mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2020 06:20PM Dikemas Kini : 17 May 2020 08:44PM

SINGAPURA: Lebih 1,000 set bento diagihkan kepada para pekerja asing dan keluarga kurang mampu bagi juadah berbuka mereka.

Inisiatif itu adalah hasil kerjasama Yayasan MENDAKI dan Furama Hotels dan juga sebahagian daripada usaha SgUnited Buka Puasa.

Juadah berbuka itu disediakan restoran-restoran di bawah rangkaian Furama Hotels dan dihantar kepada para pekerja asing yang tidak dapat membeli hidangan sendiri akibat langkah berjaga-jaga COVID-19.

Semangat ingin berkongsi kerjasama ini juga dirasai apabila hidangan itu turut diagihkan kepada keluarga-keluarga kurang mampu.

Usaha itu adalah sebahagian daripada inisiatif #SgUnited Buka Puasa yang menyasarkan untuk mengumpulkan S$3 juta supaya dapat menyediakan juadah berbuka kepada pekerja barisan depan serta keluarga memerlukan semasa bulan Ramadan ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan