Skip to main content

Iklan

Iklan

Setiap hari virus COVID-19 tampil sifat baru

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah hari ini (6 Jul) mendedahkan pihaknya menemukan sifat baru virus COVID-19 setiap hari sejak pandemik itu dilaporkan kira-kira enam bulan lepas, menunjukkan perbezaan virus berkenaan dengan virus Corona yang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Setiap hari virus COVID-19 tampil sifat baru

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 06 Jul 2020 09:31PM Dikemas Kini : 06 Jul 2020 09:34PM

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah hari ini (6 Jul) mendedahkan pihaknya menemukan sifat baru virus COVID-19 setiap hari sejak pandemik itu dilaporkan kira-kira enam bulan lepas, menunjukkan perbezaan virus berkenaan dengan virus Corona yang lain.

“Dibandingkan Coronavirus yang lain, COVID-19 sifatnya mudah untuk merebak. Kalau kita lihat COVID-19, dalam tempoh enam bulan ini sudah menjangkiti lebih 10 juta penduduk dunia,” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini.

Menurutnya aspek itu menunjukkan kemungkinan ada mutasi pada G614 iaitu kod genetik virus tersebut, sekali gus memungkinkan COVID-19 merebak dengan lebih cepat sekiranya berlaku perubahan.

Sehubungan itu katanya Institut Penyelidikan Perubatan telah diarah menjalankan kajian mengenai mutasi virus COVID-19 bagi mengetahui sifat virus berkenaan, sekali gus membantu Kementerian Kesihatan (KKM) mencipta vaksin dan menentukan rawatan terbaik terhadap pesakit. 

”Lebih  banyak kajian perlu dijalankan untuk mengetahui sama ada mutasi-mutasi  COVID-19 yang berlaku akan menjadikan virus tersebut super spreader,” katanya.
Mengulas mengenai kluster perhimpunan Masjid Seri Petaling yang merekodkan hanya satu kes positif COVID-19 yang aktif pada hari ini, Dr Noor Hisham berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama bersepadu semua pihak yang mengesan serta mengawal penularan dalam kalangan peserta perhimpunan tersebut.

“Kerjasama daripada jemaah tabligh juga baik. Mereka bekerjasama dengan KKM untuk tampil melaksanakan ujian. Kalau kita bekerjasama dengan bersepadu antara kerajaan dan orang ramai, nescaya kita dapat membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata pengawasan dan pemantauan bagi kluster perhimpunan itu mungkin dapat ditamatkan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan