Skip to main content

Iklan

Iklan

Sesetengah pusat beli-belah sudah mula laksana benarkan masuk ikut status vaksinasi

Peraturan baru bagi kemasukan di pusat beli-belah akan bermula pada minggu depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Oct 2021 05:23PM Dikemas Kini : 13 Oct 2021 10:28PM

SINGAPURA: Peraturan baru bagi kemasukan di pusat beli-belah akan bermula pada minggu depan.

Namun, beberapa pusat beli-belah sudah mula melaksanakan kebenaran masuk berdasarkan status vaksinasi dengan beberapa lagi sedang memperhalusi langkah-langkah berkenaan.

Tidak seperti di pusat penjaja dan kedai kopi, syarat lengkap divaksin untuk masuk ke pusat beli-belah akan hanya dikuatkuasakan pada Rabu depan.

Pusat beli-belah diberi tempoh seminggu supaya orang ramai dapat membiasakan diri dengan langkah pengurusan selamat yang diumumkan pihak berkuasa pada Sabtu lalu.

Kakitangan di sebuah pusat beli-belah JEM yang ditemui Mediacorp berkata buat masa ini mereka yang sudah lengkap divaksin saja digalak untuk masuk ke pusat beli-belah itu meskipun peraturan itu belum lagi wajib dikuatkuasakan.

Selama seminggu ini, pusat beli-belah merata negara sedang menyesuaikan diri dengan protokol baru itu.

Sementara itu, para pekerja pusat beli-belah atau pekerja pihak ketiga seperti penghantar makanan yang tidak divaksin akan dikecualikan dan dibenarkan masuk premis.

Pengecualian itu juga termasuk mereka yang mempunyai janji temu doktor atau perlu menghantar anak mereka ke pusat tadika yang terletak di pusat beli-belah.

Mediacorp difahamkan apabila peraturan itu berkuat kuasa minggu depan, mereka yang terlupa membawa telefon bimbit atau token TraceTogether, sebaliknya perlu menunjukkan sijil vaksinasi fizikal.

Sumber : CNA/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan