Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seoul lancar ujian COVID-19 bagi haiwan peliharaan

Program di ibu kota Korea Selatan itu ditawarkan setelah negara itu melaporkan kes pertama jangkitan COVID-19 pada seekor anak kucing pada 24 Januari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Seoul lancar ujian COVID-19 bagi haiwan peliharaan

(Gambar: AFP/Etienne Torbey)

Diterbitkan : 08 Feb 2021 06:36PM Dikemas Kini : 08 Feb 2021 06:39PM

SEOUL: Kucing dan anjing peliharaan yang mengalami demam, batuk atau sukar bernafas akan ditawarkan untuk menjalani ujian COVID-19 bagi mengetahui sama ada mereka terdedah kepada orang-orang yang dijangkiti.

Demikian menurut pemerintah Seoul hari ini (8 Feb).

Program di ibu kota Korea Selatan itu ditawarkan setelah negara itu melaporkan kes pertama jangkitan COVID-19 pada seekor anak kucing pada 24 Januari lalu.

"Bermula hari ini, pemerintah Seoul akan menawarkan ujian COVID-19 kepada anjing dan kucing peliharaan," seorang pegawai kawalan penyakit Seoul, Park Yoo-mi, memberitahu para wartawan.

Ujian-ujian itu akan dihadkan kepada haiwan-haiwan yang mengalami simptom - termasuk demam, batuk, sukar bernafas dan selesema - setelah menjangkitinya daripada seseorang yang disahkan positif COVID-19, tambah beliau.

Ujian-ujian itu akan dijalankan berdekatan tempat tinggal haiwan yang terjejas oleh para petugas kesihatan termasuk doktor haiwan, kata Cik Park.

Haiwan yang diuji positif perlu diasingkan di rumah selama 14 hari, tetapi jika pemiliknya juga dijangkiti, haiwan peliharaan mereka akan diasingkan di rumah anjing atau kucing. Pesakit COVID-19 di Korea Selatan lazimnya diasingkan di kemudahan-kemudahan kuarantin jika tidak memerlukan rawatan di hospital.

Berapa haiwan termasuk anjing dan kucing, diuji positif COVID-19 di merata dunia,yang telah mencatat korban global lebih dua juta orang.

Sekurang-kurangnya dua gorila di Taman Haiwan San Diego di California diuji positif pada bulan lalu, dipercayai dijangkiti seorang pekerja yang tidak bergejala.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan