Virus Korona

Images
  • pakistan covid
    (Gambar menerusi BERNAMA)

Semua sekolah, institusi pendidikan Pakistan dibuka semula

ISLAMABAD: Semua sekolah dan institusi pendidikan di Pakistan dibuka semula hari ini (15 Sep) setelah ditutup selama enam bulan kerana COVID-19.

Bagaimanapun semua sekolah perlu mematuhi peraturan cegah penularan virus korona itu.

Ia termasuk mewajibkan semua guru dan pelajar memakai pelitup.

Sekolah-sekolah juga mesti menyediakan cecair pembasmi kuman di setiap pintu masuk utamanya.

Jumlah jangkitan baru COVID-19 dan kematian akibatnya sudah berkurangan dengan banyak di Pakistan.

Sepanjang beberapa bulan lalu, kes hariannya bertambah sekitar 200 berbanding hampir 7,000 sebelumnya.

Angka kematian pesakitnya pula turun kepada satu angka setiap hari.

- Agensi berita/MU/na

Top