Skip to main content

Iklan

Iklan

Semua cawangan Hjh Maimunah ditutup sementara susuli 'insiden berkaitan COVID-19'

Kesemua cawangan restoran Hjh Maimunah ditutup sementara menyusuli insiden berkaitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Semua cawangan Hjh Maimunah ditutup sementara susuli 'insiden berkaitan COVID-19'

Gambar Hiasan (Gambar: Hjh Maimunah Restaurant & Catering/Facebook)

SINGAPURA: Kesemua cawangan restoran Hjh Maimunah ditutup sementara menyusuli insiden berkaitan COVID-19.

Pengumuman itu dimuat naik restoran tersebut dalam catatan Facebook hari ini (21 Sep).

Ketika dihubungi BERITAmediacorp, Pengurus Besar restoran itu, Masturah Didih, mendedahkan bahawa dua cawangannya terjejas oleh insiden berkaitan koronavirus.

Salah satu cawangan yang terjejas terletak di 11 Jalan Pisang dan satu lagi adalah cawangan Hjh Maimunah Mini di Kopitam, Tampines Mall.

Namun, pihak restoran memutus untuk menutup semua cawangannya dan menghentikan khidmat katering untuk "kira-kira dua minggu sebagai langkah berjaga-jaga".

Ini sedang pihak restoran "menantikan arahan seterusnya daripada Kementerian Kesihatan (MOH)", kata Cik Masturah.

Hjh Maimunah turut mempunyai cawangan di 20 Joo Chiat Road dengan Hjh Maimunah Mini juga boleh didapati di Food Republic, City Square Mall dan Hong Leong Building.

Buat sementara ini, kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman akan dijalankan "bagi melindungi para pelanggan dan kakitangan kami", menurut catatan di laman Facebook restoran itu.

Tempahan katering yang dibuat sebelum ini pula akan dibatalkan dan wang para pelanggan akan dipulangkan.

Dalam pada itu, pihak restoran juga menasihatkan para pelanggan yang mengunjungi cawangan-cawangan yang terjejas baru-baru ini untuk memantau kesihatan mereka.

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kami akan bertemu dengan anda tidak lama lagi! Kekal selamat dan terima kasih atas sokongan berterusan anda," bunyi catatan Facebook restoran tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan