Skip to main content

Iklan

Iklan

Selangor catat kadar kebolehjangkitan COVID-19 tertinggi

Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi di Malaysia iaitu pada 1.13 setakat Jumaat (5 Feb), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
Selangor catat kadar kebolehjangkitan COVID-19 tertinggi

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Feb 2021 02:04PM Dikemas Kini : 06 Feb 2021 02:08PM

KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi di Malaysia iaitu pada 1.13 setakat Jumaat (5 Feb), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Johor merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.12, diikuti Melaka (1.09), Kuala Lumpur (1.06), Sarawak (1.05), Pahang (1.01) dan Terengganu (1.00).

Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan bawah satu iaitu Perak 0.95, Pulau Pinang (0.92), Negeri Sembilan (0.89), Labuan (0.88), Kedah (0.86), Sabah (0.85), Putrajaya (0.80), Kelantan (0.76) dan Perlis (0.62).

Rt untuk seluruh Malaysia pula adalah 0.99, katanya lagi.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan