Skip to main content

Iklan

Iklan

Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh) beralih ke HBL setelah pelajar positif COVID-19

Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh) meletakkan para pelajarnya di bawah pembelajaran di rumah (HBL) hari ini (22 Jul) setelah salah seorang pelajar diuji positif COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh) beralih ke HBL setelah pelajar positif COVID-19

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 22 Jul 2021 06:25PM Dikemas Kini : 22 Jul 2021 06:28PM

SINGAPURA: Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh) meletakkan para pelajarnya di bawah pembelajaran di rumah (HBL) hari ini (22 Jul) setelah salah seorang pelajar diuji positif COVID-19. 

Dalam suratnya kepada ibu bapa dan waris semalam (21 Jul), yang dilihat sendiri oleh Mediacorp, sekolah itu menyatakan pelajar perempuan berkenaan dijangkiti COVID-19 daripada seorang anggota keluarga. Dia kali terakhir berada di sekolah pada Isnin (19 Jul) dan berada dalam keadaan baik, menurut surat itu.

Sekolah itu menyatakan ia melaksanakan HBL hari ini untuk membolehkan "kerja-kerja pembersihan dan pembasmian rapi kuman" di premisnya.

Para pelajar dari Menengah 2 hingga Menengah 5 akan kembali ke sekolah esok (23 Jul) manakala pelajar Menengah 1 akan kembali ke sekolah pada Rabu depan (28 Jul).

Para pelajar dan kakitangan yang merupakan kontak rapat dengan pelajar berkenaan akan dikenakan cuti ketidakhadiran (LOA), menurut sekolah itu.

Ibu bapa kepada para pelajar yang dikenal pasti sebagai kontak rapat akan menerima kiriman mesej atau dihubungi secara langsung oleh Kementerian Kesihatan (MOH) untuk memaklumkan mereka tentang tindakan yang perlu diambil.

"Yakinlah bahawa semua kontak rapat sihat; mereka melaksanakan tugasan sosial untuk mengasingkan diri sebagai langkah berjaga-jaga, ”menurut surat itu.

“Sekolah sudahpun dan akan terus melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat dengan lebih ketat," tambahnya.

Mediacorp sudahpun menghubungi Kementerian Pendidikan (MOE) untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan