Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 250,000 pelajar sekolah rendah hingga maktab rendah kembali ke sekolah

Sekitar 250,000 pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga maktab rendah kembali ke sekolah hari ini (2 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jun 2020 07:55PM Dikemas Kini : 02 Jun 2020 08:47PM

SINGAPURA: Sekitar 250,000 pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga maktab rendah kembali ke sekolah hari ini (2 Jun).

Pagi tadi, Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkunjung ke Sekolah Rendah Xingnan.

Bercakap kepada media Encik Ong berkata sekiranya sekolah ditutup lebih lama ia akan memberi kesan besar terhadap para pelajar.

Waktu melaporkan diri secara berperingkat-peringkat, penggunaan Safe Entry dan pakai pelitup antara langkah-langkah keselamatan lebih ketat yang dilaksanakan di sekolah hari ini.

Walaupun kesemua murid di sekolah ini membawa pelitup mereka, ada beberapa isu logistik yang masih perlu diperhalusi pihak sekolah.

Selain itu, ada juga segelintir ibu bapa yang agak keberatan untuk menghantar semula anak mereka ke sekolah hari ini.

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata beberapa ibu bapa meminta agar sekolah dapat ditutup sebulan lagi.

Namun begitu, beliau berkata perkara itu tidak mungkin dilakukan sambil menarik perhatian bahawa COVID-19 akan masih ada sehingga vaksin penyakit itu dapat dihasilkan.

"Bagi kanak-kanak, kesannya ketika membesar akan terjejas teruk dari sudut perwatakan mental, pembangunan emosi sosial yang akan menjadi amat drastik.

"Kita harus ingat bahawa pendidikan bukan hanya mengenai peperiksaan dan mendapat markah yang baik. Ia adalah tentang pembangunan perwatakan dan emosi sosial mereka secara keseluruhannya.

"Kita tidak boleh membuat seluruh generasi kehilangan pengalaman itu semua dan itulah kesannya kepada seluruh generasi ini," kata Encik Ong.

Encik Ong bagaimanapun menekankan bahawa pembukaan semula secara berhati-hati amat penting.

Menurut beliau, ia mungkin mengambil masa sebulan sebelum semua pelajar boleh kembali ke sekolah dalam tahap kedua dan menyambung kegiatan-kegiatan sekolah.

Langkah jaga jarak selamat juga dipatuhi di sekolah-sekolah menengah termasuk semasa kelas pendidikan latihan jasmani.

Dalam pada itu, Encik Ong berkata selepas sebulan pembelajaran di rumah dijalankan, satu semakan besar sedang dilakukan MOE yang akan menggabungkan pembelajaran digital dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan