Skip to main content

Iklan

Iklan

Sehingga 70% penduduk dunia dijangka dapat vaksin jelang hujung 2022

Sehingga 70 peratus penduduk dunia akan menerima suntikan vaksin COVID-19 pada akhir 2022.

Anggaran Waktu Membaca:
Sehingga 70% penduduk dunia dijangka dapat vaksin jelang hujung 2022

Para penduduk Mumbai, India menantikan giliran mendapatkan vaksin. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 21 Sep 2021 12:21PM Dikemas Kini : 21 Sep 2021 12:26PM

WASHINGTON: Sehingga 70 peratus penduduk dunia akan menerima suntikan vaksin COVID-19 pada akhir 2022.

Ini sekiranya agihan bekalan vaksin sumbangan negara penderma kepada negara-negara yang memerlukan dapat dipercepat, kata Presiden Bank Dunia David Malpass.

"Menjelang akhir tahun ini, kita harap dapat mencapai 40 peratus dan pada akhir tahun depan sebanyak 60 atau 70 peratus orang divaksin (di seluruh dunia).

Namun, katata beliau, hasilnya hanya akan dilihat menjelang bulan Oktober, November dan Disember.

"Memastikan bekalan vaksin diterima negara-negara memerlukan menjadi cabaran besar.

“Ketelusan penghantaran juga satu cabaran dan kami telah meminta pengeluar untuk memastikan bekalan dapat dihantar mengikut jadual,” kata Encik Malpass dalam wawancara bersama CNBC pada Isnin (20 Sep), lapor Sputnik.

Beliau merangkap ketua pasukan petugas pelbagai agensi global yang menyelaraskan penghantaran vaksin COVID-19, berkata tumpuan utama kini adalah untuk menghantar bekalan vaksin kepada negara membangun yang kekurangan bekalan.

Walaupun banyak sumbangan vaksin sudah diumumkan, hakikatnya adalah penghantaran bekalan ke negara-negara yang memerlukan masih perlahan, kata Encik Malpass. 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan