Koronavirus

Images
  • uk covid-19
    (Gambar: Reuters)

Satu lagi jenis baru COVID-19 dikesan di Britain, 10 negara lain

MOSCOW: Satu lagi varian COVID-19 (B.1.525) dikesan di Britain, serta sepuluh negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS) lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut penyelidik University of Edinburgh dalam satu laporan pada Isnin (15 Feb), jenis baru itu ditemui melalui pengesanan genom di 11 negara: Britain, Nigeria, Denmark, AS, Perancis, Belgium, Sepanyol, Kanada, Australia, Ghana, dan Jordan.

Denmark mencatatkan jumlah kes tertinggi B.1.525 sebanyak 35 kes, diikuti Britain 33 kes, Nigeria 12 kes dan AS 10 kes manakala Perancis setakat ini melaporkan lima kes.

Rantaian terawal jenis baru COVID-19 itu dikesan pada Disember 2020 dengan kes pertama muncul di Britain dan Nigeria.

Varian baru itu dilihat menyamai jenis Afrika Selatan dan Brazil dan lebih berdaya tahan terhadap antibodi.

- BERNAMA/HA/ha

Top