Skip to main content

Iklan

Iklan

Saluran Whatsapp Gov.sg sediakan maklumat terkini COVID-19 dalam bahasa Melayu

Masyarakat Melayu boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai COVID-19 dalam bahasa tersebut melalui saluran WhatsApp yang disediakan Gov.sg. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Masyarakat Melayu boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai COVID-19 dalam bahasa tersebut melalui saluran WhatsApp yang disediakan Gov.sg.

Demikian dikongsi oleh Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli di Facebooknya pada Rabu (15 Apr).

Beliau menekankan pentingnya untuk mendapatkan berita dan maklumat yang terkini dan sahih, dalam situasi COVID-19 yang sangat pantas berubah setiap hari.

"Berbekalkan maklumat yang tepat, kita boleh mainkan peranan yang sesuai bagi mengatasi COVID-19 dan tempoh pemutus rantaian jangkitan ini," tulis beliau dalam catatan Facebooknya.

Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam turut menyatakan bahawa saluran bahasa Melayu tersebut berkongsi maklumat mengenai bantuan khusus untuk masyarakat Melayu/Islam yang disediakan Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu, selain bantuan Pemerintah yang disediakan dalam Belanjawan Perpaduan, Daya Tahan dan Kesepakatan.

"Dengan usaha dan kerjasama semua, kita bukan sahaja dapat hentikan penularan virus COVID-19, tetapi juga membina masyarakat yang lebih peka dan berupaya," tulis Encik Masagos dalam catatan tersebut.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan