Skip to main content

Iklan

Iklan

Sabah terus catat jumlah tinggi kes baru COVID-19

Sabah kekal mencatatkan jumlah kes baru harian COVID-19 tertinggi di negara ini dengan 702 kes dilaporkan, atau 80.6 peratus daripada keseluruhan 871 kes yang direkodkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lepas.  

Anggaran Waktu Membaca:
Sabah terus catat jumlah tinggi kes baru COVID-19

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Oct 2020 10:43PM Dikemas Kini : 18 Oct 2020 10:44PM

PUTRAJAYA: Sabah kekal mencatatkan jumlah kes baru harian COVID-19 tertinggi di negara ini dengan 702 kes dilaporkan, atau 80.6 peratus daripada keseluruhan 871 kes yang direkodkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata lonjakan kes itu disebabkan lebih banyak keputusan makmal diperoleh.

“Setakat 18 Okt (hari ini), kes kumulatif COVID-19 di Sabah ialah sebanyak 7,439 (atau 36.3 peratus daripada jumlah keseluruhan di Malaysia),” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 hari ini (18 Okt).

Beliau juga berkata hingga kini, seramai 251,030 individu di negeri itu sudah menjalani saringan jangkitan virus tersebut.

Semalam, Sabah merekodkan 451 kes atau 51.9 peratus daripada kes keseluruhan harian yang dilaporkan di negara ini.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan