Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sabah sasar pertingkat kapasiti makmal proses 4,000 sampel COVID-19 sehari jelang 2021

Kerajaan Sabah berharap kapasiti makmal di negeri itu akan dapat ditingkatkan tahun depan sehingga mampu memproses 4,000 ujian sampel COVID-19 dalam sehari, berbanding hanya 2,700 ujian sahaja dalam sehari ketika ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sabah sasar pertingkat kapasiti makmal proses 4,000 sampel COVID-19 sehari jelang 2021

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 21 Nov 2020 09:10AM Dikemas Kini : 21 Nov 2020 09:17AM

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah berharap kapasiti makmal di negeri itu akan dapat ditingkatkan tahun depan sehingga mampu memproses 4,000 ujian sampel COVID-19 dalam sehari, berbanding hanya 2,700 ujian sahaja dalam sehari ketika ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata sehingga Khamis (19 Nov), 4,496 sampel COVID-19 di Sabah belum diproses.

Beliau berkata 64 peratus daripada jumlah itu diuruskan di Sabah manakala selebihnya dikendalikan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh; Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur, dan makmal swasta yang lain.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media harian COVID-19 Sabah pada Jumaat (20 Nov), beliau berkata sehingga Khamis 3,030 bayi dan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dilaporkan dijangkiti COVID-19 di negeri tersebut, dengan 1,241 daripadanya adalah kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun dan 191 adalah bayi berumur bawah setahun.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan