Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura sahkan kematian keempat akibat COVID-19

Singapura pada Khamis (2 Apr) mengesahkan kematian keempat yang dikaitkan dengan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sahkan kematian keempat akibat COVID-19

Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit NCID. (Gambar: Rauf Khan)

Diterbitkan : 02 Apr 2020 09:35AM Dikemas Kini : 02 Apr 2020 09:51AM

SINGAPURA: Singapura pada Khamis (2 Apr) mengesahkan kematian keempat yang dikaitkan dengan COVID-19.

Pesakit itu, seorang warga Indonesia 68 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan penyakit itu pada 6.42 pagi pada Khamis, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Lelaki itu ialah seorang pemegang pas kerja Singapura dan berada di Indonesia dari 20 Jan hingga 16 Mac.

Pada 22 Mac, beliau dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit dan disahkan menghidapi COVID-19 pada hari yang sama.

Beliau dirawat di unit penjagaan rapi (ICU) dari 26 Mac dan mula mengalami komplikasi serius. Beliau meninggal dunia setelah tujuh hari.

NCID sudah menghubungi keluarga mangsa dan sedang menghulurkan bantuan kepada mereka, tambah MOH.

Setakat Rabu, negara ini sudah mencatat 1,000 kes jangkitan COVID-19.

Dua kematian pertama yang dikaitkan dengan virus korona berlaku pada 21 Mac. Mangsa wanita warga Singapura 75 tahun dan lelaki warga Indonesia berusia 64 tahun.

Pada Ahad, seorang lelaki warga Singapura berusia 70 tahun menjadi pesakit COVID-19 ketiga yang meninggal dunia di Singapura.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan