Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura sahkan 73 kes baru COVID-19, kelompok baru PCF Sparkletots terkait 18 kes

Singapura melaporkan 73 kes baru COVID-19 pada Rabu (25 Mac) dan mengumumkan sebuah kelompok baru melibatkan pusat Sparkletots kendalian Yayasan Masyarakat PAP (PCF) di Fengshan, yang dikaitkan dengan 18 kes secara keseluruhan.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sahkan 73 kes baru COVID-19, kelompok baru PCF Sparkletots terkait 18 kes

Orang ramai dilihat memakai pelitup muka di Orchard Road pada 28 Jan 2020.

Diterbitkan : 25 Mar 2020 10:33PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 10:41PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 73 kes baru COVID-19 pada Rabu (25 Mac) dan mengumumkan sebuah kelompok baru melibatkan pusat Sparkletots kendalian Yayasan Masyarakat PAP (PCF) di Fengshan, yang dikaitkan dengan 18 kes secara keseluruhan.

Kes-kes terbaru itu membawa kepada kesemuanya 631 kes di Singapura, menurut satu kenyatakan Kementerian Kesihatan (MOH).

Sebanyak 38 daripada kes-kes baru itu adalah kes import dengan sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, ASEAN dan bahagian-bahagian Asia yang lain. Kesemuanya kecuali satu merupakan penduduk yang pulang dan pemegang pas jangka panjang.

Lima lagi pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah keseluruhannya 160 orang. Dua pesakit meninggal dunia Sabtu lalu.

Pada Rabu, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata di Parlimen bahawa Singapura sudah menambah bilangan pasukan pengesanan hubungan daripada tiga kepada 20 untuk bersedia menghadapi "lonjakan yang dijangka" dalam jumlah kes COVID-19 pada minggu-minggu akan datang.

Encik Gan berkata dengan sekitar 200,000 warga Singapura di luar negara yang akan pulang ke tanah air dari merata dunia, jumlah kes akan terus meningkat.

Menteri Kesihatan juga berkata bahawa walaupun Singapura mempunyai keupayaan yang mencukupi dalam sistem penjagaan kesihatannya untuk menangani penularan COVID-19, negara ini tidak boleh bersikap leka dan perlu mengekalkan keupayaan penampannya.

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong menekankan di Parlimen bahawa tidak ada keperluan untuk menimbun bekalan makanan dan barang keperluan asas meskipun langkah-langkah telah diperketat untuk mencegah penyebaran COVID-19.

Beliau berkata demikian sehari selepas satu siri inisiatif - termasuk menghadkan perhimpunan di luar sekolah dan tempat kerja dan menutup tempat-tempat hiburan seperti kelab malam, pusat karaoke dan pawagam - diumumkan untuk membendung wabak virus korona itu. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/EM/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan