Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura mungkin perlu laksana 'pusingan lanjut' vaksinasi COVID-19: Lawrence Wong

Singapura mungkin perlu meneruskan "beberapa lagi pusingan vaksinasi menjangkaui tahun ini", menurut pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang bementerian bagi COVID-19,Lawrence Wong, pada Khamis (22 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura mungkin perlu laksana 'pusingan lanjut' vaksinasi COVID-19: Lawrence Wong

(Gambar: Reuters/Lee Jia Wen, MCI)

Diterbitkan : 22 Apr 2021 11:05PM Dikemas Kini : 22 Apr 2021 11:09PM

SINGAPURA: Singapura mungkin perlu meneruskan "beberapa lagi pusingan vaksinasi menjangkaui tahun ini", menurut pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang bementerian bagi COVID-19, Lawrence Wong, pada Khamis (22 Apr).

"Kami bukan sahaja perlu berdepan dengan virus tetapi mungkin juga varian baru virus itu yang mungkin lebih berjangkit dan berbahaya," menurutnya dalam satu sidang media maya yang diadakan oleh pasukan bertindak itu.

Beliau merujuk kepada vaksin tambahan di tengah-tengah perbincangan global mengenai perlunya vaksinasi dilakukan setiap tahun atau lebih kerap bagi melindungi orang ramai daripada COVID-19.

Pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan (MOH) Kenneth Mak berkata buat masa ini, terdapat "banyak pendapat" bahawa vaksinasi sepatutnya dapat bertahan sekurang-kurangnya sembilan atau 12 bulan, atau lebih lama.

"Kami percaya bahawa ia lebih lama daripada itu, mungkin 15 hingga 18 bulan, tetapi setelah itu, keadaan masih tidak menentu," katanya.

Ada dua pertimbangan yang mempengaruhi sama ada kita akan memberi vaksinasi lagi termasuk kepada mereka yang sudah melengkapka dua dos suntikan."

Seperti juga pekerja yang sudah sembuh dan secara beransur-ansur perlindungan imun mereka daripada vaksinasi, ini juga boleh berlakukepada sesiapa sahaja yang sudah menerima vaksinasi," katanya.

"Oleh itu, semasa kami melakukan ujian, memeriksa lagi sesetengah individu itu yang sudah menerima suntikan vaksin, jika kami mendapati tahap imun mereka mula merosot, ini mungkin masa terbaik untuk mula memberi suntikan vaksin kepada mereka juga," katanya.

Satu lagi pertimbangan lain adalah varian berjangkit "yang membimbangkan", katanya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan