Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura, M'sia bincang protokol pindahkan pelawat bergejala COVID-19

 Singapura dan Malaysia membincangkan langkah-langkah pemeriksaan dan juga protokol-protokol bagi memindahkan para pelawat bergejala COVID-19 yang dikesan di kedua-dua pusat pemeriksaan dalam satu mesyuarat online yang diadakan pada Selasa (24 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Mar 2020 02:40PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 08:53PM

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia membincangkan langkah-langkah pemeriksaan dan juga protokol-protokol bagi memindahkan para pelawat bergejala COVID-19 yang dikesan di kedua-dua pusat pemeriksaan dalam satu mesyuarat online yang diadakan pada Selasa (24 Mac).

Mesyuarat kedua Kumpulan Kerja Bersama Singapura-Malaysia diadakan menerusi satu persidangan video yang turut menyaksikan kedua-dua pihak saling berkongsi maklumat terkini mengenai keadaan COVID-19 di negara masing-masing.

Kumpulan itu yang dianggotai oleh para pegawai dari Singapura dan Malaysia bersetuju untuk melakar protokol bagi memindahkan para individu yang menunjukkan simptom-simptom dijangkiti COVID-19 di pusat-pusat pemeriksaan darat dan laut.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk terus menjalankan pemeriksaan kesihatan dan "menyelaraskan protokol pemeriksaan suhu badan" oleh kedua-dua pihak dengan menggunakan 37.5 darjah Selsius sebagai tanda aras bagi para pelawat yang demam.

Kumpulan kerja bersama itu ditubuhkan pada Februari untuk menangani penularan COVID-19 di kedua-dua negara.

Kumpulan kerja bersama tersebut akan bersidang buat kali ketiga pada April.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan