Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 7 kes import, tiada kes jangkitan tempatan

Sebanyak tujuh kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Khamis (29 Okt), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 7 kes import, tiada kes jangkitan tempatan

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 29 Oct 2020 03:45PM Dikemas Kini : 29 Oct 2020 03:47PM

SINGAPURA: Sebanyak tujuh kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Khamis (29 Okt), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Kesemuanya adalah kes import. Ketujuh-tujuh kes tersebut dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura, menurut MOH.

MOH menambah bahawa tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura sebanyak 57,994.

Butiran lanjut mengenai kes tersebut akan diumumkan pada sebelah malam nanti, menurut MOH.

Semua pekerja asing yang tinggal di dormitori dan diuji negatif bagi COVID-19 dibenarkan mengunjungi pusat-pusat riadah pada hari rehat mereka mulai Sabtu (31 Okt). Mereka juga perlu tinggal di dormitori yang tidak mempunya sebarang kes aktif COVID-19, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu.

Ini menyusuli tempoh percubaan lebih dua bulan lalu di mana sekitar 30,000 pekerja dari sekitar 300 dormitori dibenarkan mengunjungi pusat riadah pada hari rehat mereka.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan