Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 7 kes import, kesemua tanpa gejala

Sebanyak tujuh kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Khamis (29 Okt), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 7 kes import, kesemua tanpa gejala

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 29 Oct 2020 10:52PM Dikemas Kini : 29 Oct 2020 10:53PM

SINGAPURA: Sebanyak tujuh kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Khamis (29 Okt), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Kesemuanya adalah kes import. Ketujuh-tujuh kes tersebut dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura, menurut MOH.

MOH menambah bahawa tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura sebanyak 57,994.

KES IMPORT

Dua kes import hari ini melibatkan rakyat Singapura yang pulang dari India, iaitu seorang lelaki berusia 52 tahun dan seorang wanita, 46 tahun.

Tiga lagi kes adalah pemegang permit kerja yang bekerja di Singapura dan tiba dari Indonesia dan Filipina.

Kes import pada hari ini juga termasuk seorang wanita berusia 33 tahun yang memegang pas tanggungan dan tiba dari Switzerland.

Kes import terakhir adalah seorang lelaki berusia 52 tahun yang mempunyai pas khas. Beliau tiba dari Filipina dan adalah anak kapal sebuah kapal yang berlabuh di sini.

Kesemua kes import COVID-19 yang dilaporkan hari ini tidak bergejala.

Dalam pada itu, kelompok jangkitan COVID-19 di Avery Lodge Dormitory dan Jurong Penjuru Dormitory 2 ditutup kerana tiada lagi kes terkait dengan tempat itu sepanjang 28 hari lalu.

Sembilan lagi kes COVID-19 dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Secara keseluruhan, 57,899 sudah pulih sepenuhnya dari jangkitan dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan jagaan masyarakat.

Sebanyak 37 kes disahkan COVID-19 masih dirawat di hospital. Kebanyakannya dalam keadaan stabil atau beransur pulih dan tiada yang dirawat dalam unit jagaan rapi.

30 kes diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Seramai 28 orang meninggal dunia setelah mengalami komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Secara keseluruhan, jumlah kes baru serta kes tanpa hubung kait dalam masyarakat masing-masing naik dari dua dan satu kes pada minggu sebelumnya kepada tiga pada minggu lalu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan