Virus Korona

Images
  • fui
    Para pekerja asing. (Gambar: Gaya Chandramohan)

S'pura lapor 614 kes baru COVID-19, termasuk 2 kakitangan prasekolah

SINGAPURA: Jumlah kes COVID-19 di Singapura menjangkaui 30,000 pada Jumaat (22 Mei), dengan 614 kes baru dilaporkan setakat 12.00 tengah hari tadi.

Ini menjadikan jumlah terkumpul di negara ini sebanyak 30,426.

Terdapat empat kes baru dalam masyarakat, dengan kesemuanya adalah rakyat Singapura.

Dua daripada kes dalam masyarakat itu adalah kakitangan prasekolah. Kes 30387 adalah seorang wanita berusia 58 tahun yang buat masa ini merupakan kes tanpa sebarang kaitan yang bekerja di My First Skool @ Westgate di mana beliau mengalami simptom jangkitan pada 8 Mei. Beliau diuji positif COVID-19 pada Khamis.

Lagi satu kes melibatkan seorang wanita rakyat Singapura berusia 50 tahun yang tidak pergi kerja baru-baru ini. MOH bagaimanapun tidak mendedahkan di mana beliau bekerja. Beliau diuji positif virus itu pada Khamis dan kesnya juga tanpa sebarang kaitan.

Ia berlaku sehari selepas Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA)
menyatakan bahawa tiga kakitangan prasekolah diuji positif virus itu di bawah rejim ujian proaktif sebelum pusat-pusat dibenarkan dibuka semula setelah tempoh "pemutus jangkitan" berakhir.

Dua lagi lelaki rakyat Singapura yang berusia 35 dan 37 tahun, adalah kenalan Kes 24831 dan adalah sebahagian daripada kelompok CDPL Tuas Dormitory, yang kini mempunyai 617 kes.

Kes 24831 dilaporkan pada 13 Mei dan dikerah bagi tugas operasi di dormitori itu. Lelaki rakyat Singapura berusia 48 tahun itu mula mengalami simptom pada 10 Mei dan diuji positif COVID-19 pada 12 Mei.

Kementerian itu menambah bahawa jumlah kes tanpa sebarang kaitan dalam masyarakat kekal stabil pada purata dua kes sehari sejak dua minggu lalu.

610 kes baru melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori, menurut MOH.

Dua kelompok baru dikenal pasti - 564 A-E Balestier Road dan 71 Kaki Bukit Industrial Terrace.  

- CNA/NA/na

Top