Virus Korona

Images
  • covid (3)
    (Gambar: Lawrence Wong/Facebook)

S'pura lapor 61 kes baru COVID-19, jumlah harian terendah dalam 4 bulan

SINGAPURA: Singapura melaporkan 61 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Selasa (11 Ogos), termasuk dua kes dalam masyarakat dan tiga kes import, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Jumlah itu adalah yang paling rendah dicatatkan sejak 2 Apr, apabila 49 kes dilaporkan. Ia sekaligus membawa jumlah kes terkumpul di negara ini kepada 55,353.

Kedua-dua kes dalam masyarakat yang dilaporkan pada Selasa merupakan rakyat Singapura, kata MOH dalam kemas kini hariannya. Tiga kes import yang dilaporkan pula sudah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah sebaik sahaja tiba di Singapura.

Kebanyakan kes jangkitan baru adalah pemegang permit kerja yang kini dikuarantin.

Lebih banyak perincian akan diumumkan pada malam ini, tambah MOH.

- CNA/NA/na

Top