Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 544 kes baru COVID-19, termasuk 4 kes dalam masyarakat

Singapura melaporkan 544 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Selasa (2 Jun), sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 35,836 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 544 kes baru COVID-19, termasuk 4 kes dalam masyarakat

(Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 02 Jun 2020 11:07PM Dikemas Kini : 02 Jun 2020 11:13PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 544 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Selasa (2 Jun), sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 35,836 kes.

Terdapat empat kes dalam masyarakat, menurut laporan awal Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemaskini hariannya.

Salah seorang, adalah rakyat Singapura atau penduduk tetap manakala tiga lagi adalah pemegang pas kerja.

Kes melibatkan rakyat Singapura atau PR itu adalah anggota keluarga kes yang disahkan sebelum ini, dan sudah diletakkan di bawah kuarantin, menurut MOH.

Salah seorang daripada tiga pemegang pas kerja dan pemegang permit kerja pula dikenal pasti hasil daripada ujian proaktif pihak kementerian terhadap pekerja asing yang bekerja dalam khidmat penting.

Seorang lagi adalah kontak kes yang disahkan sebelum ini dan sudah dikuarantin.

MOH menyatakan siasatan epidemiologi sedang dijalankan bagi kes yang satu lagi.

99 peratus daripada kes baru hari ini dikaitkan dengan kelompok yang sudah dikenal pasti, manakala yang lain masih menunggu pengesanan kontak, menurut MOH.

Kementerian itu menambah bahawa pada minggu lalu, ia mengesan hubungan kaitan bagi enam kes yang tidak terkait sebelum ini.

Tiga kelompok baru dikesan di dormitori pekerja asing di 6 Tuas View Square, 65 & 67 Tuas View Walk 2 dan 18 Woodlands Industrial Park E1.

Lebih 709 pesakit sudah dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes yang sudah pulih kepada 23,175.

Buat masa ini 331 kes masih berada di hospital, kebanyakannya dalam keadaan stabil atau bertambah pulih, menurut MOH. Enam pesakit dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Seramai 12,306 pesakit mempunyai simptom sederhana atau dalam keadaan baik secara klinikal tetapi masih diuji positif COVID-19. Mereka kini sudah diasingkan dan dijaga di kemudahan jagaan masyarakat.

Angka korban akibat COVID-19 di Singapura kekal 24 orang.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan