Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 54 kes baru COVID-19; kenaikan sehari tertinggi dengan 48 jangkitan diimport

Sebanyak 54 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura pada Isnin (23 Mac), peningkatan tertinggi dalam sehari setakat ini, sekali gus membawa jumlah kes keseluruhanya kepada 509. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 54 kes baru COVID-19; kenaikan sehari tertinggi dengan 48 jangkitan diimport

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 23 Mar 2020 09:03PM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 09:06PM

SINGAPURA: Sebanyak 54 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura pada Isnin (23 Mac), peningkatan tertinggi dalam sehari setakat ini, sekali gus membawa jumlah kes keseluruhanya kepada 509.

Sebanyak 48 daripada kes baru itu adalah jangkitan yang diimport dari luar negara.

Kes-kes diimport mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara dan negara-negara ASEAN. Kesemua kecuali satu daripada kes itu adalah penduduk Singapura dan pemegang Pas Jangka Panjang yang pulang ke tanah air, menurut Kementerian Kesihatan dalam kemas kini hariannya.

Sejumlah 34 kes yang diimport membuat perjalanan ke United Kingdom.

Enam kes buat masa ini tidak menunjukkan sebarang kaitan dengan kes lalu dan pengesanan hubungan sedang dijalankan.

Sementara itu, lapan lagi pesakit sudahpun dibenarkan pulang dari hospital, menurut MOH.

Sehingga hari ini, seramai 152 pesakit COVID-19 sudahpun pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu.
Kebanyakan daripada 355 kes disahkan positif COVID-19 yang masih dirawat di hospital berada dalam keadaan stabil atau beransur pulih.

Seramai 15 pesakit berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU) manakala dua pesakit pula sudah meninggal dunia.

LANGKAH BERJAGA-JAGA TAMBAHAN DI SEKOLAH

Sekolah dibuka semula pada Isnin selepas cuti penggal bulan Mac dengan langkah berjaga-jaga tambahan diambil bagi menjaga para pelajar, guru dan anggota kakitangan sekolah yang lain.

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata pada Ahad (22 Mac) bahawa sekolah kekal sebagai tempat selamat bagi kanak-kanak dan penutupan sekolah akan menyebabkan gangguan kepada kehidupan ramai orang, terutama ibu bapa yang bekerja dan mempunyai pilihan tajaka terhad serta tiada bantuan daripada pembantu rumah.

Antara langkah berjaga-jaga yang dilaksanakan adalah Cuti Ketidakhadiran (LOA) atau notis Jangan Keluar Rumah (SHN) serta pemeriksaan mengenai sejarah perjalanan ke atas para pelajar di luar pagar sekolah.

Semua pelajar yang tidak sihat akan diletakkan dalam bilik pengasingan atau dihantar pulang. Para pelajar juga akan duduk dalam jarak jauh antara satu-sama lain di bilik darjah, serupa ketika peperiksaan.

MOH mengumumkan pada Ahad bahawa Singapura tidak akan membenakan pelawat jangka pendek untuk memasuki atau membuat persinggahanmenerusi negara ini di tengah-tengah meningkatnya risiko kes COVID-19 yang diimport.

Sebelum ini, pelawat jangka pendek - kecuali bagi sesetengah negara - dibenarkan memasuki Singapura meskipun mereka perlu menjalani notis SHN 14 hari setibanya mereka di negara ini.

Sekatan yang diperluaskan ke semua pelawat jangka pendek akan berkuat kuasa pada 11.59 malam ini (23 Mac).

Hanya pemegang pas yang menyediakan khidmat penting, seperti dalam sektor jagaan kesihatan dan pengangkutan, akan dibenarkan masuk atau pulang ke Singapura oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Ini termasuk tanggungan mereka.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan