Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 34 kes baru COVID-19 termasuk 6 kes import

Singapura melaporkan 34 kes baru COVID-19 setakat sehingga 12.00 tengah hari pada Selasa (15 Sep), termasuk enam jangkitan import.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 34 kes baru COVID-19 termasuk 6 kes import

Orang ramai di Jambatan Jubilee Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 15 Sep 2020 04:18PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 04:22PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 34 kes baru COVID-19 setakat sehingga 12.00 tengah hari pada Selasa (15 Sep), termasuk enam jangkitan import.

Ini sekali gus membawa jumlah terkumpul di Singapura kepada sebanyak 57,488.

Tiada kes baru dalam masyarakat dilaporkan berdasarkan siasatan setakat ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Semua kes import sudahpun diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus selepas mereka tiba di Singapura.

Perincian lanjut akan didedahkan lewat malam ini, jelas kementerian tersebut.

Lebih 3,500 gelang tangan elektronik diberikan kepada para pelawat yang menjalani SHN sejak 10 Ogos, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Sabtu.

Di pusat-pusat pemeriksaan Singapura, para pelawat diberikan kedua-dua gelang tangan elektronik dan alat laluan masuk selepas menjalani pelepasan imigresen.

Mereka perlu memakai gelang tangan berkenaan sepanjang tempoh SHN mereka dan memasang alat laluan masuk di tempat tinggal mereka.

Sebanyak 162,668 SHN sudahpun dikeluarkan oleh ICA setakat sehingga 8.00 pagi pada 12 Sep, dengan 14,053 daripadanya adalah aktif, jelas ICA.

Pada Isnin, cawangan burger Shake Shack di Liat Towers dan cawangan 4Fingers Crispy Chicken di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dimasukkan ke dalam senarai tempat yang dikunjungi kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit, menurut MOH.

Waterway Point dan West Mall juga dimasukkan ke dalam senarai tersebut, bersama Anytime Fitness di pusat beli-belah Queensway, yang disenaraikan secara berasingan sebanyak empat kali.

Sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp, Anytime Fitness pada Selasa enggan mengesahkan sama ada kes COVID-19 yang mengunjungi gim tersebut adalah seorang pelanggan atau pekerjanya.

Syarikat itu menyatakan pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tentang langkah-langkah selanjutnya berhubung syarat-syarat keselamatan dan pembersihan, sambil menambah semua ahli dan kakitangannya yang terdedah kepada kes-kes COVID-19 akan diminta untuk menjalani kuarantin kendiri.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan