Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 3 kes baru COVID-19; lagi 14 pesakit dibenar pulang

Singapura melaporkan tiga kes baru COVID-19 setakat tengah hari Sabtu (17 Okt) dengan satu jangkitan dalam masyarakat, satu kes di dormitori serta satu kes import. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 3 kes baru COVID-19; lagi 14 pesakit dibenar pulang

(Gambar: Edgar Su/REUTERS)

Diterbitkan : 17 Oct 2020 11:43PM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 11:47PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan tiga kes baru COVID-19 setakat tengah hari Sabtu (17 Okt) dengan satu jangkitan dalam masyarakat, satu kes di dormitori serta satu kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), kes dalam masyarakat melibatkan seorang pekerja asing warga Bangladesh berusia 49 tahun yang kesnya tidak terkait dengan mana-mana jangkitan.

Lelaki itu kini menganggur dan jangkitannya dikesan menerusi ujian rutin buat para pemegang pas khas, tambah MOH. Ujian serologinya didapati positif, kemungkinan menunjukkan jangkitan masa lalu.

Kes import pula melibatkan seorang remaja perempuan Singapura berusia 19 tahun yang pulang dari Indonesia. Dia tidak bergejala dan diuji ketika menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), menurut MOH.

Baki kes dikesan melalui ujian rutin berjadual oleh pihak berkuasa yang dijalankan dua kali seminggu ke atas para pekerja asing yang menetap di dormitori.

Bilangan kes pada Sabtu membawa jumlah jangkitan COVID-19 di Singapura kepada 57,904.

Lagi 14 kes jangkitan COVID-19 dibenarkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat sekali gus membawa jumlah pesakit yang sudah pulih kepada 57,798.

Buat masa ini terdapat 37 kes yang disahkan masih dirawat di hospital. Kebanyakannya stabil atau beransur pulih dan tiada yang dirawat di unit jagaan rapi.

Seramai 41 kes diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat iaitu mereka yang mengalami gejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi masih positif COVID-19.

Seperti kebanyakan negara lain, ekonomi Singapura terpukul oleh pandemik COVID-19. Negara ini memasuki kemelesetan ekonomi pada suku kedua setelah perniagaan tidak penting ditutup sebagai sebahagian daripada langkah untuk membendung penularan sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 selama hampir dua bulan.

Pada Khamis, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata memandangkan skala krisis COVID-19, pemerintah tidak mungkin mampu menyelamatkan setiap perniagaan dan pekerjaan.

Pemerintah bagaimanapun akan terus menyokong setiap pekerja, tekan Encik Heng, sambil menambah bahawa kedua-dua majikan dan pemohon kerja perlu ada minda terbuka serta sedia untuk membuat penyesuaian.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan