Virus Korona

Images
  • sg covid beach
    Para pengunjung dilihat di Pantai East Coast pada 19 Jun 2020 setelah ia dibuka semula kepada awam selepas 'circuit breaker' COVID-19. 

S'pura lapor 278 kes baru COVID-19 termasuk empat jangkitan dalam masyarakat

SINGAPURA: Sebanyak 278 kes baru COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari Khamis (30 Jul) dengan empat jangkitan dalam masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awalnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 51,809.

Dalam kalangan jangkitan dalam masyarakat, tiga adalah pemegang pas kerja manakala satu merupakan rakyat Singapura.

Ada juga empat kes import yang sudahpun dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di Singapura.

Baki kes baru adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori pekerja asing.

Penularan COVID-19 sudah menjejas ekonomi dan pasaran buruh Singapura. Perangkaan awal dari Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu menunjukkan kadar penganggurandi Singapura meningkat pada suku kedua ke tahap paling tinggi dalam tempoh lebih sedekad sedang pemberhentian pekerja adalah lebih seganda dan jumlah pengambilan pekerja pula merosot.

Kadar pengangguran keseluruhan merosot 2.9 peratus berbanding 2.4 peratus pada suku sebelumnya manakala jumlah pengambilan pekerja keseluruhan (tidak termasuk pembantu asing) menjunam lebih empat kali ganda.

Syarikat penerbangan negara, Singapore Airlines - yang terjejas oleh sekatan sempadan, pada Rabu melaporkan kerugian bersih S$1.12 bilion bagi suku pertama.

Ia sedang dalam perbincangan dengan syarikat pengeluar pesawat untuk menangguhkan penghantaran dan pembayaran bagi mengurangkan aliran keluar tunai pada masa di mana sebahagian besar daripada 220 pesawat syarikat itu tidak beroperasi, menurut SIA.

Negara-negara di seluruh dunia menyaksikan jumlah kes dan kematian akibat COVID-19 terus meningkat. Di seluruh dunia, kini terdapat lebih 17.05 juta kes COVID-19 dengan angka korban sebanyak 666,411. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- CNA/FZ/fz

Top