Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 253 jangkitan baru COVID-19 dalam negeri; 116 tanpa hubung kait

Sebanyak 253 kes jangkitan tempatan baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (4 Sep), termasuk 116 yang tidak berhubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 253 jangkitan baru COVID-19 dalam negeri; 116 tanpa hubung kait

Orang ramai melalui bangunan kawalan Lapangan Terbang Changi Singapura pada 18 Jan 2021. (Gambar fail: Edgar Su/REUETRS)

Diterbitkan : 04 Sep 2021 06:40PM Dikemas Kini : 04 Sep 2021 06:42PM

SINGAPURA: Sebanyak 253 kes jangkitan tempatan baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (4 Sep), termasuk 116 yang tidak berhubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Sebanyak 84 kes terkait dengan kes-kes lalu dan sudahpun dikuarantin.

Lagi 53 kes jangkitan yang berkait dengan kes-kes terdahulu dikesan menerusi ujian pemantauan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Perangkaan itu adalah jumlah harian tertinggi bagi kes jangkitan COVID-19 yang dilaporkan di sini sejak 6 Ogos 2020.

Dalam kalangan kes baru itu, dua melibatkan warga emas berusia atas 70 tahun yang belum divaksin sama sekali atau sudah menerima satu dos vaksin dan berisiko sakit teruk, menurut MOH.

Selain itu, terdapat enam kes import dengan kesemuanya sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Empat kes import dikesan sejurus tiba di Singapura manakala baki dua kes mengalami penyakit itu ketika menjalani SHN atau tempoh pengasingan.

Secara keseluruhannya, terdapat 259 kes baru COVID-19 di Singapura hari ini.

MOH akan memberikan maklumat lanjut berhubung keadaan COVID-19 di Singapura pada malam nanti.

Setakat Sabtu, jumlah terkumpul kes COVID-19 di Singapura adalah 68,469. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan