Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 22 kes baru COVID-19 dalam masyarakat termasuk 8 kes tidak terkait

Singapura melaporkan lagi 22 kes baru COVID-19 dalam masyarakat sehingga 12 tengah hari tadi (22 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 22 kes baru COVID-19 dalam masyarakat termasuk 8 kes tidak terkait

Gambar fail: Calvin Oh

Diterbitkan : 22 May 2021 04:25PM Dikemas Kini : 22 May 2021 04:27PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan lagi 22 kes baru COVID-19 dalam masyarakat sehingga 12 tengah hari tadi (22 Mei).

Sebanyak 14 kes berkenaan terkait dengan kes-kes sebelum ini manakala lapan kes tidak terkait buat masa ini. Dalam kalangan kes-kes tersebut 12 kes sudahpun dikuarantin sebelum ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Ia turut melaporkan tujuh kes import yang sudahpun dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) ataupun diasingkan sebaik tiba di Singapura, tambah kementerian itu.

Tiga daripada kes yang diimport itu adalah rakyat Singapura atau penduduk tetap. Tiada kes baru dalam kalangan dormitori pekerja hijrahan.

Secara keseluruhannya, Singapura melaporkan 29 kes baru COVID-19 hari ini.

Secara keseluruhannya sehingga semalam (21 Mei), Singapura melaporkan 61,792 kes COVID-19 sejauh ini.

Ia juga melaporkan kematian COVID-19 yang ke-32 semalam iaitu seorang lelaki 70 tahun yang terkait dengan kelompok di Hospital Tan Tock Seng.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan