Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 214 kes baru COVID-19 termasuk 3 dalam masyarakat

Singapura melaporkan 214 jangkitan baru COVID-19 setakat tengah hari Isnin (15 Jun) termasuk tiga kes dalam masyarakat. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 214 kes baru COVID-19 termasuk 3 dalam masyarakat

(Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)

Diterbitkan : 15 Jun 2020 04:05PM Dikemas Kini : 15 Jun 2020 04:07PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 214 jangkitan baru COVID-19 setakat tengah hari Isnin (15 Jun) termasuk tiga kes dalam masyarakat.

Ini membawa jumlah keseluruhan kes COVID-19 kepada 40,818.

Kesemua tiga kes baru dalam masyarakat itu adalah pemegang pas kerja, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam maklumat harian yang dikemas kini.

Sebilangan besar kes jangkitan baru itu adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori.

Butiran lanjut akan diumumkan dalam kemas kini malam ini, tambah MOH.

Singapura pada Ahad melaporkan kes import COVID-19 pertamanya dalam masa lebih sebulan.

Warga Bangladesh itu tiba di Singapura pada 10 Jun untuk mendapatkan rawatan perubatan yang tiada kaitan dengan COVID-19.

"Borang perisytiharan kesihatan yang beliau serahkan sebelum pelepasan imigresen menunjukkan beliau tidak mempunyai sebarang gejala COVID-19, tidak didiagnos mahupun disyaki mempunyai jangkitan COVID-19," menurut MOH.

Beliau kemudian menjalani ujian COVID-19 setelah tiba di Singapura dan keputusan positif diketahui pada 13 Jun.

Lelaki itu sudahpun diletakkan di bawah notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Beliau hanya boleh meninggalkan tempat penginapan yang dikhususkan bagi rundingan dan susulan perubatan sahaja, menurut MOH dalam responsnya kepada pertanyaan media.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan