Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 202 kes baru COVID-19; 5 tempat masuk senarai dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Singapura melaporkan 202 kes baru COVID-19 pada Isnin (29 Jun), termasuk enam kes dalam masyarakat, menurut laporan awal Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 202 kes baru COVID-19; 5 tempat masuk senarai dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 12:01AM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 12:03AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 202 kes baru COVID-19 pada Isnin (29 Jun), termasuk enam kes dalam masyarakat, menurut laporan awal Kementerian Kesihatan (MOH).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura sebanyak 43,661.

Sebanyak empat rakyat Singapura atau Penduduk Tetap dan dua pemegang pas kerja dalam kalangan kes jangkitan dalam masyarakat.

Sebahagian besar kes adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori pekerja asing, kata MOH.

Tiga kelompok baru dormitori diumumkan oleh MOH. Ia terletak di 38 Woodlands Industrial Park E1, 210 Woodlands Industrial Park E5 dan 170 Woodlands Industrial Park E7.

Beberapa tempat juga dikenal pasti sebagai kawasan yang dikunjungi kes-kes COVID-19 semasa tempoh mereka berjangkit termasuk Causeway Point, Pusat beli belah Queensway, Mustafa Centre, pasar raya Sheng Siong di New World Centre dan gerai Durian 36 di 608 Geylang Road.

Senarai penuh tempat-tempat itu adalah berikut:

(Rajah: MOH)

(Rajah: MOH)

MOH menyatakan 477 lagi kes COVID-19 dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan

pengasingan masyarakat. Ini membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh kepada 37,985.

Terdapat 197 kes disahkan COVID-19 yang masih dirawat di hospital dengan kebanyakan daripada mereka dalam keadaan stabil atau beransur pulih. Seorang pesakit dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Seramai 5,453 orang diasingkan dan dirawat di kemudahan masyarakat.

Pada Ahad, MOH melaporkan seorang pelajar Menengah 3 dari Sekolah Menengah East Spring disahkan kes positif COVID-19.

Semua 39 rakan sedarjah dan 11 kakitangan sekolah yang berhubung rapat dengan pelajar itu diuji negatif COVID-19, menurut Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Isnin.

Singapura memasuki Fasa 2 pembukaan semula pada 19 Jun menyusuli tempoh "pemutus rantaian jangkitan COVID-19" selama hampir dua bulan bagi membendung penularan COVID-19.

Singapura dan Malaysia bersetuju untuk membenarkan perjalanan rentas sempadan bagi kumpulan-kumpulan tertentu, termasuk penduduk yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi urusan perniagaan dan pekerjaan.

Pada Ahad (28 Jun), angka korban COVID-19 di merata dunia mencecah separuh juta orang, menurut kiraan Reuters. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan