Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 2,976 kes baru COVID-19; 11 lagi kematian

Singapura melaporkan 2,976 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Selasa (12 Okt), dengan 11 lagi kematian akibat komplikasi jangkitan koronavirus itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 2,976 kes baru COVID-19; 11 lagi kematian

Suasana di kawasan kejiranan Ang Mo Kio pada 20 Sep 2021. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 13 Oct 2021 12:01AM Dikemas Kini : 13 Oct 2021 12:02AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 2,976 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Selasa (12 Okt), dengan 11 lagi kematian akibat komplikasi jangkitan koronavirus itu.

Ini adalah hari ketiga jumlah kes yang dicatatkan jatuh ke paras bawah 3,000.

Kesemua kematian melibatkan warga Singapura, merangkumi lima lelaki dan enam wanita. Mereka berusia antara 66 hingga 98 tahun, lapor Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya yang dikeluarkan kepada media sekitar jam 11.30 malam.

Dalam kalangan mereka, tiga belum divaksin sama sekali terhadap COVID-19, enam sudah menerima suntikan dos pertama manakala lagi dua sudah lengkap divaksin. Kesemua mereka mempunyai pelbagai keadaan perubatan sedia ada.

Dengan itu, angka korban akibat COVID-19 di Singapura kini seramai 183 mangsa.

Dalam kalangan kes baru yang dilaporkan, 2,972 adalah kes jangkitan tempatan meliputi 2,721 kes dalam masyarakat dan 251 kes di dormitori pekerja hijrahan. Menurut MOH, empat adalah kes import.

Setakat Selasa, Singapura melaporkan jumlah terkumpul sebanyak 132,205 kes jangkitan sejak pandemik tersebut melanda. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan