Koronavirus

Images
  • singapore covid (7)
    Gambar: Gaya Chandramohan

S'pura lapor 2,079 kes baru COVID-19; lagi 6 kematian

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,079 kes baru COVID-19 di Singapura setakat tengah hari Rabu (24 Nov), yang tertinggi dalam tempoh seminggu.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 24 Nov: 2,079

Kes baru dalam masyarakat: 2,030
Kes import: 9
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 40

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 257,510

KEMATIAN

Kes kematian pada 24 Nov: 6
Usia: 60-83 tahun
Jumlah kematian sejauh ini: 678

Semua enam korban jiwa akibat COVID-19, kecuali satu kes yang belum divaksin, mengalami pelbagai penyakit sedia ada. MOH bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.75.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 11 hari berturut-turut berada di bawah 1.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,365 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 203
Tidak stabil dan dipantau rapi di ICU: 34
Sakit tenat dan perlu intubasi di ICU: 59
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 56.1 peratus

Seramai 2,275 pesakit dibenarkan pulang dengan 366 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Lengkap divaksin 2 dos: 85 peratus
Baru menerima satu dos: 86 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 24 peratus

KELOMPOK AKTIF YANG DIPANTAU

MOH sedang memantau kelompok aktif seperti dalam senarai di bawah ini.


(Sumber: MOH)

Pembendungannya dilakukan melalui pengesanan kontak, ujian dan pengasingan.  

- BERITAmediacorp/sm

Top