Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 178 jangkitan baru COVID-19 termasuk 1 rakyat, 1 kes import

Sebanyak 178 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Ahad (12 Jul) termasuk seorang rakyat Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH). 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 178 jangkitan baru COVID-19 termasuk 1 rakyat, 1 kes import

(Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)

Diterbitkan : 12 Jul 2020 04:31PM Dikemas Kini : 12 Jul 2020 04:32PM

SINGAPURA: Sebanyak 178 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Ahad (12 Jul) termasuk seorang rakyat Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Terdapat juga satu kes import yang sudahpun diletakkan di bawah notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Sebilangan besar kes baru melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori pekerja asing, menurut MOH.

Perincian lanjut akan dikeluarkan malam ini.

Seorang pelajar berusia 13 tahun dari Sekolah Menengah Jurong West yang diuji positif COVID-19 awal minggu ini, didapati terkait dengan kes sebelumnya dari sekolah yang sama, kata Kementerian Pendidikan (MOE) pada Sabtu.

Dia tidak mengalami simptom tetapi diuji kerana dikenakan kuarantin disebabkan kenalan rapat dengan kes COVID-19 sebelum ini; juga seorang pelajar di sekolah tersebut.

Para pelajar kembali ke sekolah secara bergilir-gilir mengikut minggu dalam Fasa 1 pasca tempoh pemutus rantaian jangkitan pada 1 Jun, dengan pelajar tahun akhir menghadiri sekolah setiap hari.

Singapura memasuki Fasa 2 pembukaan semula pasca 'circuit breaker' bermula 19 Jun lalu dengan lebih banyak perniagaan disambung semula secara bertahap-tahap.

Mulai Isnin (13 Jul), beberapa pawagam di merata Singapura akan dibuka semula dengan 50 pengunjung dibenarkan masuk ke setiap panggung wayang.

Mereka harus memakai pelitup semasa berada di dalam panggung wayang dan mematuhi jarak selamat 1 meter kecuali bagi kumpulan tidak melebihi lima orang yang terdiri daripada rakan atau anggota keluarga.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan