Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 158 kes baru COVID-19; termasuk lelaki yang meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan

Singapura melaporkan 158 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Rabu (8 Jul), termasuk 9 kes dalam masyarakat, menurut laporan awal Kementerian Kesihatan dalam kemas kini hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 158 kes baru COVID-19; termasuk lelaki yang meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan

(Gambar: Tiffany Ang)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 12:32AM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 12:34AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 158 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Rabu (8 Jul), termasuk 9 kes dalam masyarakat, menurut laporan awal Kementerian Kesihatan dalam kemas kini hariannya.

Ini sekali gus menjadikan jumlah terkumpul di negara ini sebanyak 45,298 kes.

Antara kes baru dalam masyarakat adalah 4 rakyat Singapura atau penduduk tetap, dan tiga pemegang permit kerja dan dua pemegang pas kerja.

Tiga daripada kes dalam masyarakat dikaitkan dengan kes atau kelompok sebelumnya.

Enam kes kini masih tiada kaitan dan dikesan disebabkan pemeriksaan proaktif atau usaha ujian masyarakat yang dipertingkat.

Seorang lelaki rakyat Singapura berusia 69 tahun, yang mempunyai sejarah penyakit lain seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik meninggal dunia pada Selasa (7 Jul).

MOH menyatakan beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan di tempat tinggalnya dan disahkan mengalami COVID-19 pada hari yang sama, setelah dihantar ke Hospital Besar Sengkang.

Punca awal kematiannya adalah kegagalan pernafasan kardio.

Tiga lagi kes baru COVID-19 adalah kes diimport.

Seorang adalah rakyat Singapura yang pulang dari Filipina pada 26 Jun.

Dua lagi adalah warga India yang memegang Pas Tanggungan berusia 13 tahun dan 15 tahun. Kedua-duanya pulang ke Singapura dari India pada 26 Jun.

Mereka diberi Notis Jangan Keluar Rumah dua minggu sebaik tiba di Singapura, dan diuji semasa menjalani notis itu.

Dalam pada itu 146 kes baru melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori.

Satu kelompok baru dikenal pasti - sebuah dormitori di Kian Teck Crescent.

Lagi 321 kes dibenar pulang, sekali gus menjadikan jumlah pesakit yang sudah pulih sebanyak 41,323.

Buat masa ini, 3,734 kes diasingkan di kemudahan masyarakat.

215 kes dirawat di hospital, dan seorang dalam keadaan kritikal. Singapura mencatat 26 kematian akibat komplikasi daripada virus itu. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan