Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 157 kes baru COVID-19, termasuk 20 jangkitan dalam masyarakat

Singapura melaporkan 157 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Selasa (6 Jul), termasuk 20 kes dalam masyarakat, menurut laporan awal Kementerian Kesihatan dalam kemas kini hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 157 kes baru COVID-19, termasuk 20 jangkitan dalam masyarakat

(Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 07 Jul 2020 04:15PM Dikemas Kini : 07 Jul 2020 07:12PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 157 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Selasa (6 Jul), termasuk 20 kes dalam masyarakat, menurut laporan awal Kementerian Kesihatan dalam kemas kini hariannya.

Ini sekali gus menjadikan jumlah terkumpul di negara ini sebanyak 45,140 kes.

Antara kes baru dalam masyarakat adalah 12 rakyat Singapura atau penduduk tetap, dan lapan pemegang pas kerja.

"Berdasarkan siasatan awal kami, daripada 20 kes itu, 12 melibatkan kontak rapat kes sebelum ini, dan sudah dikenakan perintah kuarantin. Siasatan epidemiologi sedang dijalankan bagi kes-kes lain," menurut MOH.

MOH juga menambah bahawa terdapat tiga kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja tiba di Singapura.

Sebilangan besar kes pada Selasa adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori pekerja asing, menurut MOH.

Lebih banyak butiran akan diumumkan pada malam nanti, tambah kementerian kesihatan.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan