Virus Korona

Images
  • covid (1)
    (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

S'pura lapor 11 kes baru COVID-19 dalam masyarakat buat hari kedua

SINGAPURA: Singapura melaporkan 11 kes baru COVID-19 dalam masyarakat buat dua hari berturut-turut daripada 213 kes baru yang dicatatkan setakat sehingga 12.00 tengah hari pada Ahad (28 Jun).

Ini sekali gus menjadikan jumlah terkumpul COVID-19 di Singapura sebanyak 43,459 kes.

Daripada kes-kes baru dalam masyarakat, enam adalah rakyat tempatan atau Penduduk Tetap (PR) Singapura dan lima adalah pemegang pas kerja, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Baki kes baru yang lain melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori pekerja asing, tambah MOH.

Perincian lanjut akan didedahkan pada malam ini, menurut Kementerian Kesihatan.

- CNA/NA/na

Top