Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 106 kes tempatan baru termasuk 25 tanpa hubung kait

Singapura melaporkan 106 kes tempatan baru COVID-19 setakat  tengah hari Isnin (2 Ogos) termasuk 25 tanpa hubung kait dengan kes-kes lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 106 kes tempatan baru termasuk 25 tanpa hubung kait

Sebuah pusat penjaja mengepung tempat duduk dan meja pada 22 Jul 2021, hari pertama Singapura memasuki semula Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat). (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 02 Aug 2021 06:57PM Dikemas Kini : 02 Aug 2021 07:00PM

SINGAPORE: Singapura melaporkan 106 kes tempatan baru COVID-19 setakat tengah hari Isnin (2 Ogos) termasuk 25 tanpa hubung kait dengan kes-kes lalu.

Sebanyak 65 jangkitan berkait kes sebelum ini dan sudahpun dikuarantin. Lagi 16 kes berhubung kait dengan kes terdahulu dan dikesan melalui ujian pengawasan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Dalam kalangan kes baru itu termasuk tujuh warga tua berusia atas 70 tahun yang belum divaksinasi sama sekali atau sudah menerima satu dos suntikan dan keadaan mereka berisiko menjadi serius, menurut MOH.

Selain itu, terdapat juga lima kes import yang sudahpun diletakkan di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di Singapura. Tiga jangkitan import itu dikesan sewaktu ketibaan manakala lagi dua mengalami penyakit semasa menjalani tempoh SHN atau pengasingan.

Secara keseluruhannya, Singapura melaporkan 111 kes baru COVID-19 pada Isnin. Ini adalah jumlah kes COVID-19 yang terendah dicatatkan di negara ini sejak 18 Julai.

MOH akan memberikan kemas kini lanjut mengenai keadaan COVID-19 di Singapura pada malam nanti.

Setakat Isnin, Singapura melaporkan jumlah terkumpul 65,213 kes COVID-19.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan