Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura catat 158 kes baru COVID-19; 9 jangkitan dalam masyarakat termasuk 4 rakyat/PR

Sebanyak 158 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Rabu (8 Jul) termasuk sembilang jangkitan dalam masyarakat. Ini diumumkan Kementerian Kesihatan (MOM) ketika memberikan laporan awal dalam kemas kini hariannya. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura catat 158 kes baru COVID-19; 9 jangkitan dalam masyarakat termasuk 4 rakyat/PR

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 08 Jul 2020 04:07PM Dikemas Kini : 08 Jul 2020 04:11PM

SINGAPURA: Sebanyak 158 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Rabu (8 Jul) termasuk sembilang jangkitan dalam masyarakat. Ini diumumkan Kementerian Kesihatan (MOM) ketika memberikan laporan awal dalam kemas kini hariannya.

Ini sekali gus membawa jumlah kes COVID-19 di Singapura kepada 45,298.

Empat rakyat Singapura atau penduduk tetap dan lima pemegang pas kerja adalah di kalangan kes baru dalam masyarakat.

Terdapat juga tiga kes import dan kesemuanya sudahpun diletakkan di bawah notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di Singapura.

Menurut MOH, sebilangan besar kes baru itu adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori.

Lebih banyak butiran akan dikeluarkan oleh MOH malam nanti.

Singapura melangkah ke Fasa 2 pembukaan semula pada 19 Jun lalu, hampir tiga minggu selepas memasuki Fasa 1 pasca tempoh pemutus rantaian jangkitan.

Menyentuh tentang dakwaan di media sosial, pengarah khidmat perubatan MOH Kenneth Mak pada Selasa berkata pihak berkuasa tidak mempunyak "rancangan aktif" untuk kembali ke Fasa 1 sejurus selepas Pilihan Raya Umum (GE).

Profesor Madya Mak berkata pasukan bertindak, yang menerajui respons Singapura terhadap pandemik COVID-19, tidak menyaksikan lonjakan pada jumlah kes dalam masyarakat baru sebagai gelombang kedua jangkitan, mengaitkannya dengan peningkatan interaksi sosial selepas 'circuit breaker'.

Pada Selasa, Singapura melaporkan 157 jangkitan baru COVID-19 termasuk lima kanak-kanak dalam kalangan 20 kes masyarakat.

Empat daripada kanak-kanak itu adalah pelajar yang sudahpun diletakkan di bawa kuarantin di rumah akibat jangkitan keluarga, menurut Kementerian Pendidikan (MOE). Kanak-kanak kelima adalah budah lelaki rakyat Singapura berusia dua tahun yang terkait dengan satu kes sebelumnya.

Seorang guru dari Sekolah Assumption Pathway juga adalah antara kes baru yang dilaporkan pada Selasa.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan