Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura bakal tubuhkan lebih banyak pusat pemeriksaan daerah, kemudahan ujian COVID-19 di dormitori

Singapura akan menubuhkan lebih banyak pusat pemeriksaan daerah dan kemudahan ujian COVID-19 di dormitori serta menawarkan ujian swab sebelah malam bagi pekerja untuk menyesuaikan dengan kitaran kerja mereka. Demikian menurut MOM dan HPB pada Khamis (8 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Oct 2020 05:47PM Dikemas Kini : 08 Oct 2020 11:21PM

SINGAPURA: Singapura akan menubuhkan lebih banyak pusat pemeriksaan daerah dan kemudahan ujian COVID-19 di dormitori serta menawarkan ujian swab sebelah malam bagi pekerja untuk menyesuaikan dengan kitaran kerja mereka. Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) pada Khamis (8 Okt).

Kini terdapat 20 pusat pemeriksaan daerah di merata Singapura dengan 14 pusat menawarkan ujian rutin berjadual bagi pekerja asing yang tinggal di dormitori serta pekerja dari sektor-sektor binaan, marin dan pemprosesan.

"Lebih banyak pusat pemeriksaan daerah sedang dalam perancangan untuk memastikan keperluan ujian swab terus dipenuhi," menurut MOM dan HPB dalam satu kenyataan media bersama.

"Rancangan kami adalah untuk mengadakan 25 hingga 30 pusat pemeriksaan daerah beroperasi secara bertahap-tahap menjelang hujung tahun ini dan sekitar dua pertiga daripada tapak-tapak itu akan menjalankan (ujian rutin berjadual)."

Sembilan lagi kemudahan ujian rutin berjadual dalam dormitori akan disediakan menjelang hujung Oktober, sebagai tambahan kepada 24 kemudahan sedia ada yang sedang beroperasi.

Empat daripada kemudahan itu - Acacia Lodge, Cassia @ Penjuru, Central Staff Apartments dan Westlite Mandai – akan menawarkan ujian swab sebelah malam bagi pekerja.

Lebih 35,000 pekerja asing boleh meraih manfaat daripada inisiatif itu, menurut kedua-dua agensi berkenaan.

“Majikan yang pekerjanya tinggal di dormitori dengan kemudahan (ujian rutin berjadual) boleh menjadualkan temu janji (ujian rutin berjadual) pekerja mereka di dormitori mereka atau di pusat pemeriksaan daerah," kata MOM dan HPB.

"Ini menambah kemudahan dan kesenangan bagi majikan dan pekerja untuk menjalani ujian rutin berjadual."

Dengan menggunakan Sistem Pendaftaran Swab, majikan boleh memilh lokasi swab dan tarikh ujian yang diingini untuk pekerja mereka. Sebaik sahaja pekerja menghadiri temu janji pertama mereka, mereka akan secara automatik dijadualkan menerusi sistem itu untuk temu janji ujian rutin yang seterusnya.

Ujian rutin berjadual adalah "bahagian genting" dalam pengesanan awal COVID-19 dan membendung penularannya, tekan MOM serta HPB.

"Pekerja dan majikan diingatkan supaya memastikan mereka yang dikehendaki menjalani ujian rutin berjadual terus melakukannya demi melindungi kesihatan mereka serta masyarakat lebih luas," tambah kedua-dua agensi itu.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan