Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, 6 negara lain ikrar komitmen terus buka rantaian bekalan

Negara ini dan enam lagi negara pada Rabu (25 Mac) mengeluarkan satu kenyataan bersama peringkat menteri yang mengikrarkan komitmen untuk terus membuka rantaian bekalan masing-masing di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Mar 2020 03:02PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 08:57PM

SINGAPURA: Negara ini dan enam lagi negara pada Rabu (25 Mac) mengeluarkan satu kenyataan bersama peringkat menteri yang mengikrarkan komitmen untuk terus membuka rantaian bekalan masing-masing di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Kenyataan bersama itu, yang dikeluarkan oleh para menteri dari Singapura, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Myanmar dan New Zealand, saling mengiktiraf "kepentingan bersama" untuk terus membuka laluan perdagangan sambil membantu untuk memudahkan pergerakan barangan dan keperluan asas.

Ia diumumkan menyusuli satu kenyataan serupa oleh Singapura dan New Zealand minggu lalu di mana kenyataan tersebut menekankan komitmen kedua-dua negara untuk terus membuka rantaian bekalan masing-masing.

Para menteri berkata bahawa mereka akan "bekerja rapat" untuk mengenal pasti gangguan perdagangan dan halangan yang mungkin menghambat pergerakan barangan penting.

Para menteri juga menambah bahawa mereka komited untuk bekerjasama dengan semua "negara yang berfikiran serupa" untuk mempermudahkan perdagangan dan memastikan infrastruktur kritikal seperti lapangan terbang dan pelabuhan terus dibuka.

Selain muatan udara yang merosot dengan mendadak dan dunia turut menyaksikan sekatan dikuatkuasakan di sesetengah pelabuhan di merata dunia, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Jurucakap kementerian itu turut menggesa negara-negara dunia supaya terus "mempertahankan ketersambungan perdagangan" di tengah-tengah masa yang mencabar ini.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan